BENGKEL KERETA EMY KLANG

BENGKEL KERETA EMY KLANG

Kebenaran pengubahsuaian dari JPJ

>> Friday, January 30, 2009


Kebenaran pengubahsuaian dari JPJ

Thursday, 04 December 2008
Jenis jenis pengubahsuaian yang perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada JPJ
Jika pengubahsuaian dan pemasangan alat kelengkapan tambahan boleh mengakibatkan perubahan besar kepada rupa bentuk, ukuran, kestabilan dan keselamatan serta ciri-ciri asal kenderaan motor tersebut, kebenaran bertulis hendaklah diperolehi terlebih dahulu dari pihak JPJ.
Contohnya:-
Pengubahsuaian ke atas rangka dan rangkaiannya atau rangka monocoque sebuah kenderaan bermotor.
Pengubahan ke atas bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan.
Pengubahan dari kereta saloon kepada kereta convertible.
Pengubahan ke atas sistem bahanapi.
Pengubahan ke atas sistem brek.
Pengubahan ke atas sistem steering.
Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.
Penggunaan badan fibreglass bagi menggantikan badan keluli.
Penukaran enjin.
Pemasangan Sunroof di atas bumbung
Untuk pengubahsuaian di atas atau yang sama dengannya, permohonan hendaklah dikemukakan kepada:-
Pengarah,Bahagian Kejuruteraan Automotif,Jabatan Pengangkutan Jalan,Aras 2, Blok D4, Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62620 Putrajaya Perkara-perkara yang perlu disertakan bersama permohonan, antaranya ialah:-
Pelan lukisan yang lengkap yang menunjukkan dengan terperinci tentang ubahsuaian yang dibuat termasuk ukurannya dan langkah-langkah yang diikuti. Spesifikasi teknikal berkaitan dengan pengubahan.
Di mana perlu sijil atau surat pengesahan daripada Jurutera Profesional (Kejuruteraan Jentera/Automobil) yang menyatakan dan mengesahkan bahawa rekabentuk dan pengubahsuaian yang akan dilakukan ke atas kenderaan adalah stabil dan selamat digunakan.
Butir-butir berkaitan dengan kenderaan yang hendak diubahsuai.
Sebarang pengubahsuaian yang boleh menjejaskan kestabilan kenderaan atau yang akan menyebabkan kenderaan merbahaya apabila digunakan di jalanraya tidak akan dibenarkan.

COPY PASTE DARI
http://infokereta.com/

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP